ARTIKEL

DATUK FAZZRUDIN ABDUL RAHMAN... Presiden FAS.

Fazzrudin Presiden FAS baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Teka-teki siapa individu yang bakal menerajui tampuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) untuk penggal 2025/2027 akhirnya terjawab.

Pengerusi Kuching City FC, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman menepati ramalan menduduki kerusi nombor satu dalam badan induk tertinggi itu selepas menang tanpa bertanding.

EXCO FAS 2025/2027… Datuk Fazzrudin Abdul Rahman (duduk ditengah) bersama barisan exco baharu.

Ia berikutan lawan beliau, Dr Mohd. Shafiq Abdullah menarik diri pada saat akhir.

Begitu pun, jawatan Timbalan Presiden FAS turut menjadi milik Datuk Hamzah Brahim yang turut menang tanpa bertanding selepas penyandang yang juga lawan beliau, Abang Suhordie Abang Zaini turut menarik diri.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli gabungan kerana memberi kepercayaan untuk menerajui kepimpinan FAS bagi penggal baharu ini.

“Dengan mandat yang diberikan saya akan berusaha memberi khidmat yang terbaik dalam memajukan sukan bola sepak di negeri ini bersama gandingan barisan exco baharu yang terpilih,” ujar Fazzrudin pada sidang media selesai mesyuarat tersebut.

Sementara itu, lima jawatan Naib Presiden FAS 2025/2027 menyaksikan dua muka baharu turut tersenarai sebagai exco badan induk berkenaan.

Dua muka baharu itu ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Bintulu (BIFA), Haji Sophie Shariee antara yang berjaya memperoleh undi tertinggi (25 undi) dan MD Haical Abdullah yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA) yang memperoleh 17 undi.

Berbanding, tiga penyandang sedia ada yang berjaya mengekalkan portfolio masing-masing. Khairulddin Qalam Daud (24 undi), Khairul Anuar Adeni (23 undi) dan Nicol Agoi (16 undi).

Lapan calon bertanding untuk jawatan Naib Presiden FAS semalam. Tiga yang lainnya ialah Mohd. Saif Jubaidi (11 undi), Phillip Jabu (10 undi) dan Dr Kamurudin Ahmed Junaidi (4 undi).

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU