ARTIKEL

Fearless ungguli cabaran 12 pasukan bola tampar wanita di Limbang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Fearless mengungguli Pertandingan Bola Tampar Wanita sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Bahagian Limbang 2026 selepas mengetepikan cabaran 11 pasukan lain untuk merangkul gelaran juara.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari pada 17 dan 18 Oktober lalu di Sekolah Jenis Kebangsaan Yuk Hin, Limbang tersebut menyaksikan Northern Attack muncul naib juara, manakala Rash menduduki tempat ketiga.

Kejayaan tersebut membolehkan Fearless membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200 berserta piala dan pingat, sementara Northern Attack menerima RM750 serta piala dan pingat.

Rash pula memperoleh wang tunai RM500 berserta piala dan pingat selepas menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

Sepanjang kejohanan, kesemua 12 pasukan mempamerkan semangat juang dan kerjasama berpasukan dalam usaha merebut kejuaraan, sekali gus memperlihatkan sambutan positif aktiviti sukan khusus untuk wanita.

Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Sarawak berkata, selain persaingan di gelanggang, pertandingan turut menjadi medan mengeratkan hubungan antara peserta daripada pelbagai latar belakang menerusi semangat kesukanan dan persaingan sihat.

Penganjuran kejohanan itu mendapat kerjasama rakan strategik, Northern Rawr Volleyball Club, dalam usaha memperluas penyertaan wanita serta memperkukuh pembangunan sukan bola tampar di Bahagian Limbang.

Tambah JBS, kerjasama berkenaan turut menyediakan platform kepada pemain tempatan untuk mengembangkan bakat, meningkatkan kemahiran dan memperoleh pengalaman pertandingan secara kompetitif.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU