ARTIKEL

Festival Kebudayaan Borneo lebih banyak suntikan kebudayaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Penganjuran Festival Kebudayaan Borneo (BCF) perlu diterokai dan diberi suntikan lebih banyak unsur kebudayaan etnik untuk menjadikannya lebih menarik serta unik bagi para pelancong dan peserta.

Untuk tujuan itu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr. Sim Kui Hian berkata, pihaknya bersedia bekerja rapat dengan penganjur festival itu iaitu Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dan Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.

Menurutnya , festival itu yang diadakan selama sepuluh hari di Dataran Tun Tuanku Bujang telah mendapat sambutan menggalakkan dan berjaya menarik ramai kedatangan pelancong tempatan dan luar negara.

Pada hari pertama sahaja kehadiran pengunjung ke tapak festival untuk menyaksikan persembahan pentas kebudaayaan pelbagai etnik dianggarkan lebih 16,000 orang.

“BCF ini telah menunjukkan kejayaan para usahawan Sibu dalam perniagaan dengan menggunakan warisan budaya sebagai platform. Ia telah menghasilkan pulangan ekonomi industri pelancongan dan makanan tempatan,” katanya dalam ucapan penutupan BCF di Dataran Tun Tuanku Bujang Sabtu malam.

Teks ucapannya dibacakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Bakrie Zaini.

BCF anjuran MPS adalah antara acara tahunan dalam kalendar pelancongan Sarawak berlangsung daripada 18 hingga 27 Julai.– BERNAMA

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha