ARTIKEL

Miro bersama-sama jawatankuasa penganjur pada sidang media, hari ini.

Festival Muzik Country Terbesar Asia Berlangsung Di Bau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Pekan Siniawan bakal menjadi tumpuan utama pada 26 hingga 29 September ini sempena sambutan 185 tahun Pekan Siniawan dan 15 tahun Pasar Malam Siniawan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu selaku penasihat acara, Miro Simuh berkata, antaranya ialah perasmian projek ikonik Tebingan Siniawan yang baru siap oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 27 September.

“Kita percaya dengan siapnya fasiliti baharu ini, ia akan menjadikan Pekan Warisan Siniawan lebih indah, unik dan mampu menarik lebih ramai pengunjung pada masa hadapan.

“Di samping pasar malam yang diadakan setiap hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad), pelbagai lagi program lain akan menyusul sepanjang tahun di pekan bersejarah ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, fasa pertama projek Tebingan Siniawan telah siap sepenuhnya pada bulan ini dengan kos sebanyak RM10.8 juta.

Justeru, katanya, fasa kedua dijangka akan ditandatangani tahun ini dan dimulakan pada tahun hadapan dengan kos sebanyak RM4 juta.

Bagi projek tempat letak kereta bertingkat, Miro berkata, ia dijangka akan ditandatangani bulan depan.

“Semua dokumentasi telah disiapkan dengan baik oleh pihak kontraktor dan agensi terlibat.

“Sekiranya berjalan lancar, ia akan dimeterai pada November atau Disember tahun ini, dan pembinaan boleh dimulakan tahun depan dengan kos RM28 juta,” katanya.

Selain itu, Miro berkata, acara tarikan utama ialah Siniawan Country Music Festival (SCMF) yang disifatkannya sebagai festival muzik ‘country’ terbesar di Asia.

Katanya, festival edisi kelapan itu akan berlangsung selama tiga malam berturut-turut (26, 27 dan 28 September) dengan menampilkan satu kumpulan dari Kalimantan, satu kumpulan dari Sabah, tiga kumpulan dari Kuala Lumpur dan empat kumpulan dari Sarawak.

Justeru, dengan venue yang lebih luas di Tebingan Siniawan serta kawasan sekitar yang lebih kondusif, beliau yakin pengunjung akan lebih selesa untuk hadir.

“Setakat ini, tidak ada festival seumpamanya di rantau ini, menjadikan Pekan Siniawan satu-satunya lokasi dengan penganjuran muzik ‘country’ terbesar di Asia.

“Maka itu, kita mengambil peluang ini untuk mempromosikan festival secara meluas bagi menarik lebih ramai pengunjung luar hadir dan memeriahkan acara ini,” katanya.

Menurut Miro, tahun lepas SCMF berjaya menarik antara 15,000 hingga 17,000 pengunjung dan tahun ini dengan kawasan yang lebih luas serta promosi besar-besaran, jumlah itu dijangka meningkat kepada 18,000 hingga 20,000 pelawat.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu