ARTIKEL

Hebahan berkaitan Festival Sarawakiana anjuran Pustaka Miri.

Festival Sarawakiana anjuran Pustaka Miri berlangsung 2 hingga 5 November ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Pustaka Negeri Sarawak Cawangan Miri (Pustaka Miri) akan mengadakan Festival Sarawakiana pada 2 hingga 5 November ini dengan tema Warisan Tekstil Sarawak.

Tema tersebut merangkumi pelbagai elemen yang berkaitan dengan warisan tekstil tradisional pelbagai kaum di Sarawak menumpukan aspek budaya, teknik tekstil tradisional, reka bentuk dan corak, tradisi masyarakat, pemuliharaan dan pemeliharaan, peluang ekonomi dan pelancongan, inovasi dan sebagainya.

Tujuan utama festival ini diadakan adalah bagi mempromosi pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat, sekali gus menggalakkan perkembangan industri pelancongan di Wilayah Utara Sarawak.

Selain itu, ia juga sebagai salah satu usaha berterusan dalam menjaga dan memelihara kelestarian sosiobudaya selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs 2030) dan Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 (PCDS) 2030.

Festival selama empat hari tersebut akan menjadi platform yang menarik dan bermanfaat dengan pelbagai aktiviti perkongsian kekayaan warisan pelbagai kaum di Sarawak.

Antara aktiviti yang bakal diadakan termasuk pameran, bengkel, demonstrasi dan forum yang akan disampaikan oleh penyelidik dan penggiat-penggiat kraf tangan warisan tekstil Sarawak.

Selain, pameran dan jualan kraf tangan, persembahan seni tarian, muzik dan lagu oleh penggiat seni pelbagai kaum, pertandingan permainan tradisional, sesi cerita rakyat, kuiz literasi maklumat dan juga gerai jualan makanan tradisi Sarawak turut diadakan.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan festival ini dan sebarang maklumat aktiviti boleh diakses melalui pautan https://linktr.ee/Tsmiri2022.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU