ARTIKEL

MEKANIK membawa kereta pemandu Red Bull Racing dari Belanda, Max Verstappen menjelang Grand Prix Formula Satu (F1) China di Litar Antara- bangsa Shanghai di Shanghai pada 14 Mac 2026. AFP

FI batalkan GP Bahrain, Arab Saudi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Formula Satu (F1) mengesahkan pada awal Ahad bahawa perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain dan Arab Saudi tidak akan berlangsung pada April berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat susulan konflik Amerika Syarikat (AS) dan Israel dengan Iran, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan, F1 memaklumkan beberapa alternatif telah dipertimbangkan, namun akhirnya diputuskan bahawa tiada perlumbaan gantian akan diadakan pada April.

“Perlumbaan Formula 2, Formula 3 dan F1  Academy juga tidak akan berlangsung mengikut jadual yang ditetapkan.

Keputusan ini dibuat melalui rundingan penuh dengan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta penganjur berkaitan,” menurut kenyataan itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Formula One Group Stefano Domenicali berkata, keputusan itu sukar namun merupakan langkah yang tepat mengambil kira situasi semasa di Asia Barat.

“Bahrain dan Arab Saudi amat penting kepada ekosistem musim perlumbaan kami, dan saya berharap dapat kembali ke kedua-dua negara itu sebaik sahaja keadaan mengizinkan,” kata Presiden FIA Mohammed Ben Sulayem.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Bahrain Sheikh Salman bin Isa Al Khalifa menyatakan sokongan terhadap keputusan F1 itu serta mengucapkan terima kasih kepada FIA dan komuniti F1.

Beliau berkata, Bahrain menantikan kehadiran semula peminat apabila perlumbaan F1 kembali diadakan.

Pengerusi Persekutuan Automobil dan Motosikal Arab Saudi (SAMF) serta Pengerusi Saudi Motorsport Company (SMC), Putera Khalid bin Sultan Al-Abdullah Al-Faisal berkata, kerajaan Arab Saudi menghormati keputusan kalendar F1 2026 dan menegaskan perkongsian berterusan dengan F1.

Sejak Israel dan AS melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Februari lepas yang mengorbankan kira-kira 1,200 orang, termasuk PemimpinAgung ketika itu Ayatollah Ali Khamenei, permusuhan semakin memuncak.

Iran kemudian bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq serta beberapa negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS. – Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan