ARTIKEL

Johnny Pang berucap merasmikan Fiesta MangaVerse 2025 yang diadakan di Boulevard Shopping Mall Bintulu.

Fiesta MangaVerse cerminan semangat dan kreativiti anak muda Bintulu – Johnny Pang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Fiesta MangaVerse 2025 disifatkan sebagai cerminan semangat, kreativiti dan kekuatan komuniti anak muda Bintulu dalam menggerakkan perubahan sosial menerusi seni, budaya dan teknologi.

:Johnny Pang beramah mesra dengan peserta yang mengambil bahagian dalam Fiesta MangaVerse 2025 yang diadakan di Boulevard Shopping Mall Bintulu.
:Johnny Pang beramah mesra dengan peserta yang mengambil bahagian dalam Fiesta MangaVerse 2025 yang diadakan di Boulevard Shopping Mall Bintulu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, berkata penganjuran program tersebut bukan sekadar sebuah acara hiburan, sebaliknya menjadi platform berimpak tinggi memperlihatkan keberanian dan komitmen golongan belia dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti.

“Ini bukan sekadar sebuah acara, sebaliknya satu gerakan. Satu perayaan kreativiti, ekspresi diri dan semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat kita,” katanya ketika merasmikan fiesta berkenaan di Boulevard Shopping Mall, di sini, Sabtu petang.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pasukan penganjur dan para sukarelawan yang telah bekerja secara ikhlas dan dedikasi di belakang tabir bagi memastikan kejayaan penganjuran festival tersebut.

Tambah Johnny Pang lagi, kejayaan Fiesta MangaVerse 2025 jelas membuktikan bahawa Bintulu mempunyai barisan generasi muda bukan sahaja berbakat, malah memiliki nilai kepimpinan dan tanggungjawab sosial tinggi.

Sehubungan itu, beliau menyatakan komitmen untuk terus menyokong penganjuran program-program berteraskan belia, budaya dan kreativiti pada masa akan datang.

Fiesta MangaVerse 2025 yang berlangsung sepanjang hujung minggu ini menghimpunkan pelbagai elemen budaya pop moden seperti cosplay, seni digital, permainan interaktif serta aktiviti kesedaran sosial yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung pelbagai peringkat usia.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,