ARTIKEL

Replika trofi Piala Dunia FIFA 2026 - Kredit: Reuters

FIFA Perkenal Cincin Kejuaraan Untuk Pemenang Piala Dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW YORK: Pemenang Piala Dunia FIFA 2026 akan menerima cincin kejuaraan selain trofi tradisional dan pingat emas, lapor Xinhua, memetik pengumuman FIFA pada Khamis.

Cincin itu akan dihadiahkan kepada juara selepas perlawanan akhir Piala Dunia Ahad di Stadium New York New Jersey, di mana Sepanyol dan Argentina akan bertarung untuk merebut gelaran.

Cincin kejohanan adalah sebahagian daripada koleksi edisi terhad sebanyak 2,026 bentuk cincin bernombor individu untuk memperingati kejohanan 2026.

Tiga puluh cincin akan diberikan kepada anggota pasukan yang menang. Baki 1,996 akan dikeluarkan di seluruh dunia sebagai memorabilia berlesen rasmi.

Setiap cincin menampilkan trofi Piala Dunia FIFA pada satu bahagian, manakala bahagian bertentangan akan disesuaikan untuk mencerminkan identiti pemenang kejohanan.

Pengenalan cincin kejohanan menambah elemen Amerika Utara pada penyampaian anugerah FIFA, mencerminkan tradisi lama dalam sukan profesional AS iaitu pasukan juara menerima cincin peringatan bersama trofi mereka. – BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

Hajat belum ternoktah

DUA kekalahan dan satu seri dalam tiga perlawanan awal Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) pastinya bukan permulaan yang diharapkan Kuching City FC, namun perjalanan The

BERITA TERBARU

Beg sekolah untuk 5,917 pelajar di 46 sekolah Sarikei

SARIKEI: Seramai 5,917 pelajar daripada 46 sekolah di kawasan Sarikei menerima sumbangan beg sekolah menerusi inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi

Fokus keperluan pendidikan luar bandar, kebajikan guru

JULAU: Sebanyak RM50,000 disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 bagi membolehkan pihak sekolah mendapatkan televisyen pintar (Smart TV) bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran