KUALA LUMPUR: Filem aksi tempatan Chelot mencatat sejarah apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records bagi kategori Babak Aksi “Single Take” Terpanjang Dalam Filem.
Pengiktirafan itu diberikan menerusi babak aksi tanpa suntingan yang dirakam menggunakan satu kamera melibatkan laluan sejauh 1.9 kilometer dengan tempoh rakaman lima minit 19 saat.
Pihak produksi memaklumkan pencapaian tersebut memerlukan tahap ketepatan teknikal yang tinggi dan jarang dilakukan dalam industri perfileman tempatan.
Menurut Bernama, babak berkenaan dijayakan dengan penglibatan 300 kru produksi, 150 hari persiapan, 60 jam raptai serta penggunaan 50 kereta prop.
Filem Chelot arahan Adrian Teh dijadual ditayangkan pada Ogos ini. Poster rasmi yang menampilkan Beto Kusyairy dan Shukri Yahya turut dilancarkan baru-baru ini.



