ARTIKEL

Kredit: CMG | Bernama

Filem “Dead To Rights” raih sambutan menggalakkan di Amerika Utara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Tayangan perdana filem “Dead To Rights” diadakan di sebuah pawagam di Alexandria, Virginia, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu malam waktu tempatan.

Duta Besar China ke AS, Xie Feng menghadiri majlis itu bersama wakil perantau China, masyarakat keturunan Cina dan penonton tempatan.

Xie berkata, selain mengisahkan sisi paling gelap dalam sejarah, “Dead To Rights” turut mengetengahkan nilai kebaikan yang lahir daripada hati nurani manusia.

“Filem ini mengingatkan kita tentang kekejaman perang dan betapa berharganya keamanan,” katanya.

Beliau menegaskan, memperingati sejarah adalah langkah untuk menuju ke masa depan dengan lebih baik.

“Dalam era ini, China dan AS mempunyai tanggungjawab bersama untuk memelihara keamanan serta mengelakkan konflik dan penentangan.

Kedua-dua negara perlu berusaha membina hubungan dua hala yang saling menghormati, hidup bersama secara aman dan bekerjasama untuk mencapai kemenangan bersama,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) World Today Television, David Huang berkata filem itu wajar diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa bagi membolehkan lebih ramai orang mengetahui sejarah. — Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai