ARTIKEL

BERCAKAP… Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Filem Jangkar 1972 Imbau Peristiwa Berdarah, Hargai Keamanan Negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Filem Jangkar 1972 mengangkat naratif serta menghidupkan semula sejarah tempatan, sekali gus menyemarakkan semangat kebangsaan, memartabatkan budaya dan menyampaikan mesej perpaduan serta keharmonian.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, filem ini bukan sekadar tentang sejarah, tetapi mengenang perjuangan pewira dan mensyukuri keamanan yang dikecapi.

“Peristiwa berdarah yang berlaku pada awal 1970-an ini masih kurang diketahui walaupun menyumbang besar dalam membentuk keamanan negara pada hari ini.

“Selama bertahun-tahun, insiden seperti ini tidak didedahkan secara meluas, menyebabkan ramai rakyat Sarawak dan Malaysia tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika bercakap pada sidang media bagi majlis doa selamat filem Jangkar di Hotel Waterfront di sini, hari ini.
Dalam pada itu katanya, keputusan untuk memusatkan cerita di Sarawak mencerminkan kekayaan landskap sejarah negeri ini serta peranannya yang semakin berkembang dalam ekonomi kreatif Malaysia.
Sehubungan itu, Abdul Karim menambah bahawa penerbitan filem ini mampu memelihara sejarah, selain merangsang pertumbuhan industri melalui penciptaan pekerjaan dan pelibatan bakat tempatan.

Mengulas lanjut katanya, projek seumpama ini mampu membantu meletakkan Sarawak sebagai destinasi penggambaran yang kompetitif di peringkat serantau.

“Kerajaan negeri kekal komited untuk menyokong penerbitan yang mengangkat kisah serta identiti budaya Sarawak ke peringkat nasional dan antarabangsa,” ringkasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,