ARTIKEL

Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk sususlan letusan Gunung Berapi Kanlaon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MANILA: Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr pada Jumaat memaklumkan kerajaan telah memindahkan lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif, selepas ia meletus pada Isnin, lapor Xinhua.

Marcos berkata, kerajaan menyasarkan untuk memindahkan kira-kira 84,000 penduduk yang berada dalam zon bahaya sejauh enam kilometer dari gunung berapi itu.

Beliau berkata kerajaan bersedia membantu penduduk yang terjejas akibat letusan gunung berapi itu, yang menyebabkan beberapa kampung diselubungi abu serta mencemari sumber air minuman komuniti terbabit.

“Kami akan bertindak. Sebarang peningkatan kerosakan dan kemusnahan akan dihadapi dengan tindak balas lebih baik daripada kerajaan,” kata Marcos.

Gunung Kanlaon, yang terletak di antara wilayah Negros Oriental dan Negros Occidental di Pulau Negros, Filipina Tengah, telah menghamburkan “voluminous plume”  setinggi lebih 4,000 meter ke udara pada petang Isnin.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina memberi amaran kemungkinan berlakunya letusan lebih besar, sekali gus menggesa penduduk dalam zon bahaya dan kawasan sekitarnya untuk berpindah ke tempat selamat.

Marcos turut merayu kepada penduduk, terutama mereka yang enggan meninggalkan rumah dan ladang, agar segera berpindah ke kawasan selamat, termasuk pusat pemindahan sementara seperti sekolah yang diubah menjadi tempat perlindungan.
 
Kali terakhir  Gunung Kanlaon, satu daripada 24 gunung berapi paling aktif di negara itu meletus pada Jun.
– Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah