ARTIKEL

Finas adakan sesi libat urus bincang perkukuh industri kreatif negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengadakan sesi libat urus industri kreatif bagi memberi ruang kepada perbincangan terbuka berkaitan pindaan Akta FINAS 1981 (Akta 244) semalam.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata penganjuran sesi itu adalah bagi mendapatkan maklum balas pihak industri dalam usaha kementerian membawa pindaan akta berkenaan agar selari dengan perubahan zaman pada masa kini.

“Ini memandangkan banyak perubahan ini melibatkan proses penggambaran yang tidak lagi melibatkan filem dan perubahan juga melibatkan pempamer kerana kalau dulu, ramai pergi ke pawagam tetapi hari ini ada format berbeza dan ramai juga melibatkan diri dalam penggambaran melibatkan kandungan dimasukkan dalam media sosial.

“Jadi kita ingin mencerminkan tatakelola, urus tadbir, aspek kawal selia FINAS yang lebih baik serta mantap selain mengambil kesempatan ini untuk mendepani zaman kerana kita tahu ramai tonton di pawagam dan telefon bimbit, jadi ini memerlukan penambahbaikan kepada akta selain kita akan teruskan lagi libat urus ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Muhibah Sambutan Hari Raya FINAS di sini semalam.

Terdahulu dalam ucapan sempena majlis itu, Fahmi berkata pindaan Akta 244 bertujuan menyelaraskan kandungan dalam peruntukan akta berkenaan dengan arus teknologi semasa terutama kemunculan dan kepesatan platform Over-The-Top (OTT) serta penstriman digital yang semakin mendominasi cara pengguna menikmati kandungan filem dan media.

Beliau berkata pindaan itu akan memberi tumpuan kepada tiga skop utama iaitu peluasan skop kawal selia, pengukuhan tadbir urus serta pemantapan fungsi FINAS agar kekal relevan dan efektif.

–Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan