ARTIKEL

FIRAH PERBEZAAN PENDAPAT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Tajuk buku: Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam
Penulis: Dr Taha Jabir Fayyad Al-’Alwani
Diterjemahkan Oleh: Muhammad Rivai Batubara
Penerbit: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Dan Angkatan Belia Islam Malaysia
Tahun terbit: 2023
Jumlah halaman: 164 

BUKU hasil tulisan pakar ilmuwan Islam, Dr Taha Jabir Fayyad al-Alwani, yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Muhammad Rivai Batubara ini mengisahkan hakikat perbezaan pendapat serta perkara-perkara berkaitan, khususnya dari segi pemikiran dan usaha untuk mengelakkan perbezaan tersebut daripada berlarutan sehingga berpotensi menjadi barah yang mencetuskan perpecahan dalam masyarakat.

Nukilan kesembilan dalam rangkaian Kitab al-Ummah ini menjadi salah satu pendorong utama mewujudkan budaya ilmu serta penyempurnaan pembangunan Islam dalam memimpin umat ke arah hubungan yang sihat meskipun berhadapan dengan fahaman yang mungkin bercanggah atau menyimpang daripada kefahaman asal.

Mukadimah penulisan ini lebih tertumpu kepada sikap dan sifat negatif, termasuk kedengkian dan perselisihan, yang boleh membawa kepada kehancuran umat.

Keadaan ini seterusnya menyebabkan umat menjadi semakin lemah sehingga memungkinkan berlakunya perpecahan dalam kalangan mereka sendiri.

Perbezaan pendapat dihuraikan sebagai suatu fi trah yang tidak dapat dinafi kan dan sememangnya berlaku dalam kalangan umat manusia.

Namun demikian, aliran pemikiran yang sihat terhadap sesuatu perspektif mampu menangani perbezaan tersebut daripada terus berleluasa.

Isu ini dianggap sebagai penyakit jiwa yang mampu menyebabkan seseorang gagal menilai dirinya sendiri, sebaliknya lebih cenderung meneliti aib orang lain.

Keadaan ini menjadi semakin parah apabila terdapat campur tangan golongan tertentu yang bertujuan mendapatkan kepuasan dengan memburukkan pihak lain.

Kemunculan buku ini dianggap penting kerana ia merungkaikan persoalanpersoalan utama, di samping memberikan penjelasan yang bermakna perbezaan pendapat mestilah berlandaskan garis panduan, kaedah dan dasar tertentu.

Antara contoh yang diketengahkan ialah sirah para salaf al-Salih ridhwanullahi ‘alaihim.

Di samping itu, pengkhususan pengarang dalam bidang ilmu-ilmu Islam turut membantu menyusun kandungan buku ini dengan lebih tersusun dan berautoriti.

Bab pertama merungkai hakikat perselisihan pendapat serta perkara-perkara yang berkaitan.

Salah satu topik yang dibincangkan ialah perselisihan faham boleh berlaku dalam ucapan, pendapat, tingkah laku, kaedah serta pendirian.

Bab ini turut menghuraikan sikap mementingkan diri sendiri, keinginan peribadi serta kecenderungan untuk menunjuk-nunjuk kelebihan ilmu atau fahaman, yang akhirnya didorong oleh hawa nafsu dalam usaha mencari kebenaran. Hawa nafsu boleh menjadi punca kepada pelbagai kesalahan dan penyelewengan.

Dalam Islam, hawa nafsu mampu menjerumuskan manusia ke lembah kesesatan sehingga menganggap penyelewengan sebagai perkara biasa dalam kehidupan.

Selain itu, perselisihan juga tercetus akibat sikap seseorang yang gemar mencari pujian dan takutkan celaan semata-mata.

Perkara ini wujud sejak dahulu lagi, malah diceritakan berlaku dalam kalangan masyarakat pada zaman pemerintahan Rasulullah SAW.

Namun begitu, kebijaksanaan baginda dalam memimpin, dengan memberikan jawapan yang benar dan tepat, menyebabkan mereka berpuas hati serta menerima keputusan yang ditetapkan.

Bahkan peristiwa kewafatan Rasulullah SAW turut dibincangkan, apatah lagi isuisu kecil yang berlaku selepas kewafatan baginda, ketika pemerintahan Islam diterajui oleh tokoh-tokoh khalifah terkemuka seperti Abu Bakar al-Siddiq r.a. dan Umar ibn al-Khattab r.a.

Antara perkara yang ditekankan pada pertengahan bab tersebut ialah usaha mengingatkan sikap sebahagian umat pada ketika itu adalah tidak membiarkan perselisihan pendapat dalam isu-isu fi qah berlarutan.

Penyelesaiannya berpandukan al-Quran dan sunnah, yang berupaya menghilangkan segala kekeliruan.

Penulisan ini turut menyentuh sebab-sebab berlakunya perselisihan faham, antaranya perbezaan penggunaan bahasa, perbezaan riwayat sunnah serta perbezaan dalam kaedah usul dan panduan istinbat.

Selain itu, pandangan dalam kalangan imam mazhab turut diberikan perhatian.

Oleh itu, para ahli ilmu pada setiap zaman menerima fatwa para mufti dalam perkaraperkara bersifat ijtihad selagi mereka memiliki kelayakan yang diiktiraf.

Mereka membenarkan mufti yang tepat ijtihadnya serta memohon keampunan bagi mufti yang tersilap dalam pendapatnya, dengan meletakkan prasangka baik terhadap kesemuanya.

Pandangan sesetengah ulama mengenai Imam al-Shafi ‘i menyatakan beliau merupakan antara pemuda terbaik pada zamannya, di samping dikenali sebagai tokoh yang memahami ilmu usul, khususnya usul al-fi qh.

Pada akhir penulisan, Dr Taha menyentuh keadaan umat Islam masa kini yang dilihat agak goyah dan seolah-olah terbuai dengan kejayaan masa lalu.

Keadaan ini secara tidak langsung menyaksikan tamadun Eropah bangkit melangkah maju melalui era baharu, sedangkan di hadapan mereka terdapat umat Islam yang sedang mengalami kemerosotan daripada kekuatan sebenar.

Situasi sedemikian memberi peluang kepada musuh yang sentiasa menunggu kesempatan untuk menakluki dan menguasai negaranegara Islam, seterusnya menghapuskan faktor-faktor keperibadian umat.

BERITA LAIN

Berdamai dengan luka kehidupan

Tajuk: Catatan Hidup Seorang Perempuan yang Hampir Berputus Asa Penulis: Arlina Arshad Penerbit: IMAN Publication Jumlah halaman: 178 muka surat Catatan Hidup Seorang Perempuan yang

Bukan sekadar kisah cinta

Judul buku: Kita Cuma Kawan, Kan? Penulis: Auni Zainal Tahun terbit: 2024 Jumlah muka surat: 544 Harga: Rm34.00 Pengulas: Prisca Robin  Setebal 544 muka surat,

BERITA TERBARU