ARTIKEL

Delegasi Malaysia menyertai Persidangan BIO Asia–Taiwan 2026 di Taipei.

Fly Technology Agriculture meterai kerjasama bioekonomi RM1 juta setahun dengan syarikat Taiwan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Syarikat bio berpangkalan di Sarawak, Fly Technology Agriculture Sdn. Bhd. (FTA) memeterai kerjasama strategik dengan syarikat Taiwan, Monster Biotech Co., Ltd. yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1 juta setahun sekali gus membuka lembaran baharu kepada industri bioekonomi negeri di peringkat antarabangsa.

Menurut kenyataan Bioeconomy Corporation, kerjasama itu dimeterai sempena penyertaan delegasi Malaysia ke BIO Asia–Taiwan 2026 di Taipei yang melibatkan pembelian dan pembekalan jangka panjang bahan makanan ternakan berasaskan Black Soldier Fly (BSF) serta baja bio fras BSF.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Bioeconomy Development Corporation, Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak berkata kerjasama tersebut bukan sahaja memperluas peluang eksport Sarawak malah mengukuhkan kedudukan wilayah ini sebagai peneraju dalam pembangunan bioekonomi yang mampan.

“Melalui kerjasama ini, kami membawa teknologi termaju, akses pasaran dan rangkaian antarabangsa ke ekosistem bioekonomi Sarawak, sekali gus membolehkan syarikat berasaskan bio tempatan seperti FTA serta komuniti luar bandar menyertai rantaian ekonomi bernilai tinggi.

“Bersama-sama, kami menyokong aspirasi Sarawak untuk muncul sebagai model pembangunan mampan bertaraf dunia dengan memacu peluang pengkomersialan berasaskan inovasi bio yang menjana nilai sosioekonomi berkekalan kepada Malaysia, Taiwan dan rantau Asia,” katanya menerusi kenyataan itu.

Tambahnya, kerjasama itu turut menyokong model pengeluaran berasaskan komuniti luar bandar yang dilaksanakan FTA menerusi program Empowering the Black Soldier Fly Industry: Sustainable Protein Production and Waste Management.

“Projek ini turut berada di bawah Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) serta diterajui oleh Bioeconomy Corporation,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan FTA, Ts. Jeff Wee menyatakan kolaborasi berkenaan turut membuka ruang kepada penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) pada masa hadapan.

“Penglibatan AI dalam operasi adalah untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran dan keupayaan operasi syarikat.

“Integrasi ini dijangka dapat memperkukuh kapasiti pengeluaran syarikat di samping memperkasa komuniti luar bandar membangunkan industri BSF yang lebih cekap dan mampan,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, kekuatan bioekonomi Sarawak turut diketengahkan menerusi penyertaan BioVerde Technologies Sdn. Bhd. (BVT) sebagai pempamer dan ahli panel Forum Malaysia Regional Collaboration.

Mohd Khairul berkata, penyertaan BVT membuktikan keupayaan Sarawak memanfaatkan kekayaan biodiversiti dan kepakaran saintifik untuk menghasilkan produk berasaskan bio bernilai tinggi sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi hijau melalui kerjasama strategik antarabangsa.

Kenyataan itu menambahkan bahawa sebagai cabang pengkomersialan Sarawak Biodiversity Council, BVT menerajui usaha pengkomersialan biodiversiti serta pembangunan Sarawak BioIndustrial Park bagi menghubungkan penyelidikan, industri dan rakan strategik global.

BIO Asia–Taiwan 2026 merupakan antara persidangan bioteknologi terbesar di rantau Asia Pasifik yang menghimpunkan pemimpin industri, pelabur, penyelidik dan pembuat dasar bagi merancakkan kerjasama antarabangsa serta peluang perniagaan.

Persidangan itu berlangsung dari 15 hingga 19 Julai di TaiNEX 1 dan 2, Nangang Exhibition Center, Taipei.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi