ARTIKEL

Fokus angkat kearifan tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Bahasa Dan Pusataka (DBP) Cawangan Sarawak berhasrat mencadangkan kepada Kerajaan Sarawak satu nama untuk muzium baharu di negeri ini.

Pengarahnya Abang Haliman Abang Julai berkata, ia sejajar dengan tumpuan DBP untuk mengangkat kearifan tempatan yang terdapat di negeri ini dan menamakannya untuk muzium berkenaan.

“Kami sudah merangka satu kunjungan hormat kepada Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah untuk membincangkan beberapa perkara mengenai kearifan tempatan.

“Salah satu perkaranya seperti mengangkat nama bersandarkan bahasa, budaya, kemahiran rakyat, haiwan dan tumbuhan yang memiliki unsur kearifan tempatan,” katanya.

Abang Haliman berkata demikian pada sesi dialog selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Minggu Karyawan Muda (MKM) 2021 di Hotel Penview di sini.

Beliau berkata, menjadi tugas DBP memberi nasihat dan pandangan dalam penetapan nama tempat agar hasrat mengangkat kearifan tempatan dapat dilaksanakan.

“Namun terpulang kepada Kerajaan Sarawak sama ada untuk menerima atau tidak, kerana tanggungjawab DBP untuk menasihati perkara berkaitan,” jelasnya.

Pada kunjungan hormat itu nanti, Abang Haliman mendedahkan pihaknya akan turut mengusulkan muzium baharu disediakan sebuah galeri untuk sasterawan negeri Sarawak.

“Galeri penulis salah satu hasrat kami untuk ditempatkan di muzium itu, atau sekurangkurang satu sudut kecil untuk penulisan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Abang Haliman menjelaskan, DBP turut menyarankan Pustaka Negeri Sarawak untuk menyediakan satu sudut untuk sasterawan negeri ini.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya