Trending

Fokus aspek nilai, akhlak dalam era modenisasi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sarawak masih menekankan aspek nilai dan akhlak sebagai paksinya walaupun mendahului dalam beberapa elemen modenisasi termasuk pembangunan ekonomi, teknologi, digital dan teknologi hijau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan aspek serta nilai penting yang diserapkan dalam konsep Malaysia Madani dan dijadikan jalan ke depan untuk negara serta rakyatnya.

“Pada hari ini kita menyaksikan kesediaan kepimpinan Kerajaan Sarawak untuk menekankan satu aspek yang sangat penting dalam negara madani.

“Negara dan negeri harus berkembang maju tetapi dalam masa yang sama mesti berpaksikan kepada keyakinan serta meletakkan nilai dan akhlak sebagai asasnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’I di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Malah beliau turut memuji prinsip wasatiyyah atau kesederhanaan berdasarkan kefahaman agama dan ilmu yang diamalkan oleh Kerajaan Sarawak kerana sangat bersesuaian dengan negeri ini yang mempunyai masyarakat majmuk berbilang kaum serta agama.

Untuk berita terperinci, sila dapatkan daripada e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru