ARTIKEL

Fokus rakyat miliki simpanan mencukupi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sarawak memberi fokus untuk memastikan rakyat di negeri ini mempunyai simpanan asas yang mencukupi sebagai jaminan selepas bersara.

Pengarah Wilayah KWSP Sarawak Aminuddin Abdul Aziz berkata, negeri ini mempunyai 816,328 ahli aktif tetapi hanya 111,782 daripada jumlah tersebut mempunyai simpanan asas yang mencukupi.

“Disebabkan itu kita mahu rakyat negeri ini melihat sekali gus menyedari perkara tersebut, supaya kita tidak bersusah payah pada masa akan datang.

“Kita juga menggalakkan sektor tidak formal seperti nelayan, usahawan dan lain-lain untuk menjadi ahli KWSP sekali gus mencarum secara sukarela supaya mereka juga mempunyai simpanan hari tua,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Minum Petang KWSP Sarawak dan Bahagian Hal Ehwal Korporat bersama media di Hotel Grand Margherita, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sejak ditubuhkan pada 1968, KWSP Sarawak mempunyai tujuh cawangan iaitu di Kuching, Miri, Sibu, Bintulu, Sri Aman, Sarikei, dan Limbang.

“Pada masa yang sama, kami juga mempunyai tiga trak atau platform KWSP mudah alih di empat lokasi berbeza iaitu masingmasing satu di Kuching, Sibu, Bintulu.

“Trak itu juga akan beroperasi di lokasi berbeza setiap minggu iaitu dari Isnin hingga Khamis bagi memudahkan masyarakat menjangkau dan berhubung dengan kami,” ujarnya. Hadir sama Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP Muhammad Suhaili Mhd Shafie; Timbalan Pengarah Wilayah KWSP Sarawak Chia Swee Choo; serta wakil yang lain.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan