ARTIKEL

TERIMA KASIH…. Kelab Gerakan Pengguna Siswa menerima sumbangan barangan makanan kering dan air minuman daripada pihak 101 Superman Speedmart Sdn Bhd.

Food Bank Siswa PMU: Sumbangan Makanan Bantu Ringankan Beban Pelajar Keluarga B40

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Sumbangan barangan makanan kering dan air minuman menerusi Program Penyerahan Sumbangan Ihsan Food Bank Siswa diharap dapat membantu meringankan beban kewangan pelajar daripada keluarga B40 dan kurang berkemampuan.

Program yang diadakan di Politeknik Mukah (PMU) itu menyaksikan penyerahan sumbangan daripada Rakan Strategik 101 Superman Speedmart Sdn. Bhd., Kenny Wong Siew Bin kepada Kelab Gerakan Pengguna Siswa.

Menurut Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Mukah, program itu merupakan antara usaha membantu memenuhi keperluan harian pelajar yang memerlukan.

“Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan pihak berkaitan dengan kebajikan pelajar, khususnya mereka yang berdepan kekangan kewangan,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Sehubungan itu, kerjasama antara PMU, KPDN Mukah dan rakan strategik turut memperlihatkan komitmen pelbagai pihak dalam memastikan kebajikan pelajar terus diberi perhatian.

Justeru, inisiatif seumpama ini wajar diteruskan sebagai usaha memperkukuh jaringan sokongan kepada golongan pelajar yang berdepan kekangan kewangan.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU