ARTIKEL

Francissca Peter utamakan kualiti dalam karya baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penyanyi legenda Datuk Francissca Peter tidak mahu terburu-buru menghasilkan karya baharu walaupun peminat sudah lama menantikan kemunculan semula beliau.

Beliau menegaskan bahawa setiap lagu yang dipilih perlu berkualiti dan mempunyai jiwa selari dengan prinsip kerjayanya selama lebih empat dekad.

Menurut Bernama Francissca mengakui dirinya seorang yang cerewet dalam pemilihan lagu kerana mahu memberikan hasil terbaik kepada peminat yang setia menyokongnya.

Beliau turut merancang untuk melancarkan sebuah lagu berentak rancak yang membawa mesej muhibah serta perpaduan dengan menyelitkan elemen bahasa Cina dan India.

Selain itu, beliau menyatakan keterbukaan untuk berduet dengan artis generasi baharu seperti Aisha Retno, Aina Abdul, Misha Omar, Mimi Fly, dan Santesh bagi mempelbagaikan genre muziknya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap