HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Friday Belik wakil rakyat baharu Dun Krian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
PENGUMUMAN.... Bilong Engkas ketika mengumumkan keputusan Pilihan raya bagi Dun Krian tadi.

SARATOK: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ke-12 (PRN-12) Krian, Bilong Engkas mengesahkan Friday Belik daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang dengan majoriti 932 undi di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Krian.

Friday dengan 3,885 undi menewaskan dua pencabarnya Musa Dinggat dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang mendapat 2,953 dan Danny Kuan Sam Sui (PBK) yang mendapat undi sebanyak 282.

Dengan kemenangan itu, Friday kini sah menjadi wakil rakyat bagi Dun Krian mengantikan penyandang dua penggal berturut-turut sebelum ini, Datuk Ali Biju.

Sementara itu, Bilong memaklumkan, peratus keluar mengundi di Dun Krian ialah 69.08 peratus dan ada penurunan sedikit dibandingkan pada PRN 2016 dengan jumlah pengundi keseluruhan di Dun Krian adalah 13,074.

Katanya, jumlah itu merangkumi pengundi biasa, awal dan pos yang telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, peratusan keluar mengundi itu merosot berbanding 77.33 peratus pada PRN 2016 yang lepas.

Untuk rekod, Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Dun Krian kali ini juga telah mencatat sejarah tersendiri apabila penyandangnya, Datuk Ali Biju telah menarik diri.

Ali telah berkempen dan menyeru kepada para penyokongnya agar tidak memangkah pada petak lambang Kerusi yang digunakan.

Beliau sebaliknya telah meminta supaya menyokong Friday Belik yang bertanding mewakili GP).

Ali adalah penyandang bagi kerusi Dun Krian bagi dua penggal berturut-turut setelah berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Peter Nyarok Entrie pada PRN 2011 dengan 2,090 undi majoriti.

Beliau sekali lagi mengulangi pencapaian yang sama pada PRN 2016 dengan menewaskan Kilat Beriak dan berjaya mendapat majoriti sebanyak 1,640 undi.

Usaha Suara Sarawak untuk mendapatkan sebarang komen dari Friday Belik sebentar tadi gagal kerana kini berada di Kuching.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru