ARTIKEL

Fuji enggan kahwin muda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELAKON dan pempengaruh Fuji atau Fujianti Utami, 21, tidak mahu menamatkan zaman bujangnya dengan berkata, dia masih terlalu muda dan mahu menikmati kehidupan sekarang.

Bagaimanapun, Fuji secara terbuka mengaku rapat dengan seorang lelaki, namun tidak mendedahkan identitinya kerana lelaki tersebut bukan dalam kalangan selebriti.

“Orangnya kelakar, dia bukan dalam dunia hiburan, tetapi dia orang yang lucu,” kata Fuji dalam satu kandungan di YouTube, baru-baru ini.

Justeru, selebriti Instagram tersebut mengingatkan warganet agar berhenti memadankan dirinya dengan manamana artis.

Menurutnya, dia masih mahu menikmati masa mudanya.

Katanya lagi, perkahwinan bukanlah matlamatnya dalam masa terdekat.

Sementara itu, pada 2023, Fuji mendedahkan punca berakhirnya percintaannya dengan Tariq kerana kedua-duanya mempunyai matlamat hidup yang tidak boleh digabungkan.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu