ARTIKEL

Kenangan… Rodiyah Sapiee (tengah) dan tetamu jemputan lain merakam gambar bersama pemain selepas majlis penyampaian hadiah.

FUTSAL TERBUKA SIMUNJAN 2025: Tibak Baok juara kategori wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Kejohanan Futsal Terbuka Simunjan 2025 berlangsung semalam dan menyaksikan pasukan Tibak Baok muncul juara kategori wanita.

Jagoan terbilang itu menumpaskan Fuerza FT dengan jaringan 2-0 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada aksi final yang berlangsung di Arena Sri Nancy, Simunjan.

Kejayaan itu membolehkan barisan pemain Tibak Baok membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 termasuk piala dan pingat.

Manakala, wang tunai RM2,000 termasuk piala dan pingat diterima pemain Fuerza FT selaku naib juara.

Dalam pada itu, pasukan Tidal Bore menduduki tempat ketiga dan turut membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta piala dan pingat selepas menumpaskan D’Samarahan FC di tempat keempat 2-1, yang turut membawa pulang wang tunai RM500 termasuk piala dan pingat.

Anugerah Pasukan Terbaik dimenangi Eight FT, manakala Anugerah Penjaring Terbanyak menjadi milik Nurul Emmy Syafiqah Ahmajaparang (Fuerza FT).

Anugerah Pemain Terbaik dimiliki Norashima Othman (Tibak Baok), dan Christina Susie Anak William (D’Samarahan FC) dipilih sebagai penerima Anugerah Penjaga Gol Terbaik.

Kesemua pemain terbabit menerima hadiah berupa wang tunai.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Parlimen P.200 Batang Sadong, Rodiyah Sapiee.

Pengerusi Kejohanan, Mohammad Zaini Morshidi, memberitahu sebanyak 20 pasukan menyertai saingan kategori wanita.

Menurut Zaini, pasukan terlibat mewakili pelbagai kelab dari kawasan berbeza.

“Sejumlah 20 pasukan mewakili pelbagai kelab turut serta dalam saingan melibatkan kategori wanita.

“Aksi yang dipamerkan para pemain cukup sengit kerana pasukan bertanding menyenaraikan ramai bekas pemain yang pernah mewakili skuad Sarawak termasuk skuad kebangsaan,” tegas Zaini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU