Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Futsal Veteran Kampung Tabuan Melayu: KTHD FC rangkul gelaran juara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
UARA...Pemain pasukan KTHD FC.
UARA…Pemain pasukan KTHD FC.

KUCHING: Pasukan KTHD FC berjaya merangkul gelaran juara Pertandingan Futsal Veteran Kampung Tabuan Melayu 2022 selepas menewaskan TADANI A (4-1) pada aksi final.

Kejayaan itu membolehkan pemain KTHD FC membawa pulang hadiah wang tunai, piala, pingat dan hamper.

Bagi naib juara, ia disandang pasukan TADANI A, tempat ketiga milik pasukan TADANI B dan Doremon B (2-0) pemenang tempat keempat.

Kejayaan berganda mengiringi kemenangan KTHD FC apabila tiga pemain mereka, Rosli Gobil, Hirizan Solhi dan Hang Tuah Bujang masing-masing dinobat selaku pemain terbaik, penjaring terbanyak dan penjaga gol terbaik.

Majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Kampung Tabuan Dani itu telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Datuk Paruwadi Musa.

Datuk Paruwadi ketika mengulas mengenai penganjuran kejohanan itu berkata, Futsal Veteran Kampung Tabuan Melayu merupakan penganjuran bagi edisi yang pertama.

Beliau berkata, penganjuran kejohanan terbabit adalah bersempena perasmian gelanggang futsal berkenaan yang disumbangkan olehnya secara peribadi.

.PEMAIN TERBAIK…Datuk Paruwadi Musa (kanan) menyampaikan hadiah kepada Rosli Gobil (kiri) selaku pemain terbaik.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News