KUCHING: Margin keuntungan industri pembinaan dan perumahan di Sarawak semakin terjejas apabila pelaksanaan Pendekatan Transformasi Pekerja Asing (FWTA) menambah kos operasi sektor berintensifkan buruh.
Institut SHEDA dalam kenyataan berkata, walaupun menyokong usaha kerajaan negeri memperkukuh tadbir urus, ketelusan dan pendigitalan pengurusan pekerja asing, pelaksanaan FWTA meningkatkan kos pematuhan serta menimbulkan cabaran prosedur kepada pemain industri.
“Di bawah sistem baharu yang menggantikan rangka MSEN, majikan kini perlu menanggung caj pentadbiran dan pemprosesan tambahan kira-kira RM1,854 bagi setiap pekerja, tidak termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
“Caj ini tidak dikenakan di Semenanjung Malaysia dan Sabah, sekali gus menjejaskan daya saing sektor pembinaan Sarawak,” katanya.
Menurut kenyataan itu, industri pembinaan masih bergantung kepada tenaga kerja asing terutama bagi kerja asas seperti kerja awam, infrastruktur, ac


