ARTIKEL

Gabriel Palmero sah menyertai JDT bagi menghadapi saingan musim baharu. | Foto: Facebook Johor Southern Tigers.

Gabriel Palmero sah sertai JDT bagi musim 2026-2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bekas pertahanan Kuching City FC, Gabriel Palmero, sah menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT), sekali gus meneruskan kariernya bersama juara bertahan Liga Super itu bagi menghadapi musim 2026-2027.

Perkembangan tersebut diumumkan menerusi hantaran Facebook rasmi Johor Southern Tigers yang memperkenalkan pemain berusia 24 tahun itu sebagai muka baharu skuad Harimau Selatan.

Gabriel Palmero sah menyertai JDT bagi menghadapi saingan musim baharu. | Foto: Facebook Johor Southern Tigers.

Dalam hantaran tersebut, JDT mengalu-alukan kehadiran Palmero yang beraksi di posisi pertahanan kiri dan dilihat sebagai tambahan penting bagi memperkukuh pasukan menjelang musim baharu.

“Selamat datang ke rumah para juara, Gabriel Palmero.

Gabriel Palmero sah menyertai JDT bagi menghadapi saingan musim baharu. | Foto: Facebook Johor Southern Tigers.

“Pada usia 24 tahun dan beraksi di posisi sebelah kiri, Gabriel Palmero kini menyertai pasukan juara,” menurut hantaran Johor Southern Tigers, hari ini.

Palmero hanya sempat membuat tiga penampilan bersama Kuching City FC dalam Liga Malaysia sebelum kontraknya ditamatkan secara persetujuan bersama pada Mac 2026.

Gabriel Palmero sah menyertai JDT bagi menghadapi saingan musim baharu. | Foto: Facebook Johor Southern Tigers.

Walaupun tempoh permainannya sangat singkat, iaitu sekitar dua bulan, impak yang ditinggalkan oleh pertahanan negara ini amat mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan menerusi persembahan konsisten bersama skuad The Cats.

Pemain kelahiran Sepanyol itu mencipta impak dalam penampilan pertamanya apabila menjaringkan gol ketika membantu Kuching City FC menewaskan DPMM FC 3-1 dalam aksi suku akhir Piala Malaysia.

Kemenangan tersebut membuka laluan kepada Kuching City FC untuk melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia, antara pencapaian terbaik dalam sejarah kelab itu.

Keupayaannya mengawal benteng pertahanan selain membantu gerakan serangan dari bahagian kiri menjadikan beliau antara pemain yang menyerlah.

Menariknya, Palmero berpeluang membuat penampilan pertama bersama JDT menentang bekas kelabnya, Kuching City FC, dalam aksi Piala Sumbangsih 2026 di Stadium Sultan Ibrahim pada 21 Ogos ini.

Perlawanan yang menemukan juara Liga Super dan naib juara musim lalu itu turut menjadi aksi pembukaan Liga Super 2026-2027 serta menawarkan mata pertama liga musim baharu.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i