ARTIKEL

Gadai kebebasan kerana dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pembantu gerai menjual kuih di Batu Kawa dikenakan hukuman penjara selama lima tahun setelah mengaku bersalah memiliki 34.61 gram dadah jenis Methamphetamin semalam.

Hakim Mahkamah Sesyen Maris Agan mengarahkan wanita muda berusia 21 tahun, Lisa Noorhayati Mohamad Yusuf dikenakan hukuman itu berjalan dari tarikh 4 Mei.

Bagi kesalahan kedua, tertuduh dikenakan denda RM2,000 ataupun empat bulan penjara setelah mengaku bersalah memiliki 0.01 gram Nimetazepam.

Tertuduh mengaku bersalah untuk kedua-dua kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Merbahaya, 1952. Tertuduh melakukan kedua-dua kesalahan itu jam 12.15 tengah hari di tempat letak kereta dekat persiaran Bandar Baru Batu Kawa MJC di sini pada 2 Februari lalu.

Menurut fakta kes, tertuduh berasal dari Kampung Pulo Ulu di Petra Jaya sedang membantu di gerai menjual kuih milik ibunya di kawasan persiaran Bandar Baru Batu Kawa.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 05 Mei 2021

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha