ARTIKEL

Gagal mendapat petunjuk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua individu yang dipercayai hilang masing-masing di Kampung Penurin, Betong dan rumah panjang Bui, Lubok Antu sehingga petang Rabu masih gagal menemukan sebarang petunjuk.

Menurut jurucakap bomba Betong, kes pertama melibatkan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Suhadi, 37, yang hilang selepas keluar memancing empat hari lalu.

“Namun, laporan polis baru dibuat pada Isnin selepas usaha rakannya mencari sendiri tidak berhasil.

“Dalam kejadian berasingan, kes kedua melibatkan seorang wanita warga emas dikenali sebagai Andum Jabu, 77, dari Kampung Penurin turut dilaporkan hilang,” katanya di sini, pada Rabu.

Jelasnya, Andum terdahulu pada Selasa memberitahu anaknya bahawa dia hendak ke kebun di kawasan Batu Api.

Bagaimanapun, dia tidak pulang ke rumah menyebabkan anaknya dan penduduk kampung melakukan pencarian sebagai inisiatif awal.

Namun, setelah tidak berhasil, laporan polis dibuat di Balai Polis Betong.

Sehingga berita ini ditulis, bomba mengesahkan kedua-dua individu yang hilang masih gagal ditemui.

Operasi turut dibantu Unit K9 tertumpu di lokasi terakhir orang awam melihat mangsa.

Operasi SAR hari kedua akan disambung hari ini.

Turut hadir ke lokasi Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga Sri Aman Ramlan Marajan.

 

TAKLIMAT… Sesi taklimat oleh bomba Betong di PKB
sebelum operasi SAR dijalankan di Lubok Antu, pada Rabu.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu