ARTIKEL

Gagal mengelak lubang, seorang wanita warga emas terbunuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seorang wanita warga emas terbunuh manakala lima lagi termasuk empat kanak-kanak cedera apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) mereka terlibat dalam kemalangan kendiri di KM24 Jalan Persisir Bintulu-Miri pagi ini.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendent Zulkipli Suhaili ketika mengesahkan kes tersebut berkata, si mati dikenal pasti sebagai Lu Mee Ling, 67.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kenderaan MPV yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 44 tahun itu bergerak dari arah Miri ke Sarikei sebelum pemandu hilang kawalan.

Siasatan awal kmalangan ini berlaku berpunca daripada pemandu yang gagal mengelak lubang lalu terbabas ke parit di sebelah kiri jalan, katanya.

Beliau berkata seorang penumpang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan akibat kemalangan dan disahkan maut serta merta di tempat kejadian.

Empat kanak-kanak berusia antara 10 dan 16 tahun termasuk pemandu dibawa ke Hospital Bintulu untuk rawatan.

Zulkipli berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha