ARTIKEL

Gagal patuh syarat lesen, bot tunda ditahan di perairan Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sebuah bot tunda bersama lapan kru warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu selepas disyaki gagal mematuhi syarat lesen ketika menjalankan aktiviti di perairan Bintulu, semalam (Rabu).

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, bot berkenaan ditahan sekitar jam 2.00 petang pada kedudukan 0.38 batu nautika barat daya Batu Kura-Kura.

Penahanan dilakukan oleh pasukan rondaan Maritim Malaysia menerusi pelaksanaan Op Tiris 3.0 dan Op Permai 01/2019 yang dijalankan secara bersepadu bagi memantau keselamatan serta pematuhan undang-undang di perairan negara.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan lapan kru termasuk nakhoda, kesemuanya warga Indonesia berusia antara 23 hingga 48 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis petang.

Tambah beliau, bot terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22(2A) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 ekoran gagal memaklumkan secara bertulis kepada Pendaftar Kapal berhubung pertukaran nama nakhoda dalam sijil pendaftaran kapal.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman kompaun sebanyak RM2,500.

Bot dan kru terbabit, kemudiannya diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim agar sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang berkaitan keselamatan di laut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Sebarang maklumat, aduan atau kecemasan di laut, boleh dilaporkan melalui talian 999 atau terus menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu di 086-314 254 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di 082-432 544.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan