ARTIKEL

Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen 4 oleh anggota polis.

Gagal pujuk isteri curang, pengawal keselamatan cedera ditetak guna pisau pemotong daging

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skandal isteri tetak suami menggunakan sebilah pisau pemotong daging akhirnya terima padah apabila dipenjara lima tahun lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Mohammad Razzi Japarudin, 28, bekerja sebagai buruh kasar itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Saiful Bahari Adzmi.

Mengikut pertuduhan, dia sengaja mendatangkan cedera parah terhadap mangsa lelaki berusia 22 tahun menggunakan senjata sebilah pisau pemotong daging.

Dia melakukan kesalahan itu di belakang sebuah rumah di Kampung Panglima Seman, sekitar jam 6.10 petang, 26 Jun lepas.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, mangsa bekerja sebagai pengawal keselamatan pergi ke rumah tertuduh untuk memujuk isterinya supaya kembali ke rumah mereka kerana sudah dua hari tidak pulang.

Perbincangan antara mereka berlaku di belakang rumah tertuduh yang mana tempat kejadian berlaku.

Mangsa dan isterinya juga dalam proses penceraian kerana kes curang dan belum dilafaz talak di mahkamah.

Selain itu, mangsa juga memujuk isterinya supaya mereka terus bersama dan tidak ingin bercerai.

Kemudian, datang kekasih isterinya iaitu Mohammad Razzi dengan sebilah pisau lalu menetak tangan kanan pengadu sehingga cedera parah.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital oleh adik iparnya untuk menerima rawatan lanjut.

Laporan polis dilakukan oleh mangsa untuk tindakan dan siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada Sabtu lalu (5 Julai).

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ruvinasini Pandian, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah