ARTIKEL

Gagasan Malaysia Madani relevan diangkat, diadaptasi di peringkat global – Zambry

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA:  Gagasan Malaysia MADANI adalah relevan untuk diangkat dan diadaptasi dalam kerangka global khasnya di negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam, kata Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata ini kerana gagasan itu mempunyai nilai-nilai sejagat selain kriteria berteraskan Maqasid Syariah, kriteria pematuhan aspek kemampanan, impak sosial dan aspek governans (ESG) serta matlamat pembangunan mampan yang menjadi antara fokus dunia global.

Sebagai contoh, katanya kesan gelombang COVID-19 yang memberi pelbagai kesan terhadap sosioekonomi berlanjutan selain mengubah cara serta gaya hidup penduduk dunia termasuk Malaysia dan ternyata sehingga kini, masih lagi dibelenggu ketidaktentuan yang menatijahkan delusi pesimistik kepada masa hadapan.

“Mujurnya, pimpinan negara yang diteraju Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dengan menyajikan suatu gagasan komprehensif, kerangka polisi pembangunan negara dalam era pascanormal dan zaman pasca-COVID-19 yang dikenali sebagai Malaysia MADANI,” kata beliau ketika berucap pada Seminar Nasional Peradaban Madani di sini hari ini.

Seminar sempena Ijtimak Haraki Kali Ketujuh itu dianjurkan oleh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang bertemakan ‘Kebangkitan Nusa dan Anjakan Global.’

Zambry berkata gagasan Malaysia MADANI bukan hanya bertujuan menyelesaikan masalah ataupun sekadar memenuhi keperluan semasa dalam negara tetapi juga bertindak mentrajektori suatu kerangka kesedaran bagi mencorak masa depan negara dan memenuhi potensinya.

“Gagasan tersebut sebenarnya suatu kerangka fikir pembangunan peradaban Malaysia dalam pembabakan baharu yang memenuhi enam tonggak MADANI iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, yakin dan ihsan serta merupakan kriteria ESG yang komprehensif,” katanya.

— BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu