KUCHING: Lembaga Air Kuching (KWB) memaklumkan kebocoran paip utama di Jalan Highfield – Jalan Batu Kawa dalam satu kenyataan hari ini.
Paip ini membekal air ke kawasan seperti Matang Jaya, Petra Jaya, Demak Laut, Semariang dan kawasan di bawah JBALB.
“Kerja pembaikan awal pada 18 April 2025 dihentikan kerana bahan tidak sesuai,” menurut kenyataan tersebut.
Kerja pembaikan kedua dijadualkan bermula jam 9 malam, 23 Mei 2025 dan dijangka siap jam 7 pagi, 24 Mei 2025.
Sepanjang tempoh ini, pengguna di beberapa kawasan dijangka mengalami gangguan atau tekanan air rendah.
Sepanjang tempoh ini, pengguna di kawasan berikut mungkin akan mengalami tekanan air rendah atau gangguan bekalan air yang melibatkan, Jalan Matang (dari Kubah Ria hingga Batu 9 Jalan Matang), Taman Sri Harmoni, Jalan Sungai Tengah, Jalan Tun Abdul Rahman Yakub, Jalan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhamad Salahudin, Jalan Demak, Jalan Bako, Muara Tebas, dan kawasan sekitar Petra Jaya termasuk kawasan JBALB
Lori tangki air akan dihantar dan orang ramai dinasihatkan menyimpan air secukupnya.
KWB komited menyelesaikan isu ini dengan segera dan meminimumkan gangguan, serta menghargai kesabaran semua pihak yang terlibat.



