KUCHING: Gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa kawasan melibatkan Jalan Canna dekat sini esok (Rabu), dijangka bermula pada 9.30 pagi hingga 5 petang.
Lembaga Air Kuching (LAK) menerusi satu notis memaklumkan bahawa perkara tersebut ekoran kerja baik pulih paip 600mm DI yang rosak disebabkan oleh pihak ketiga.
Antara kawasan yang terjejas termasuk di sepanjang Jalan Canna, Jalan Keranji, Jalan Bayor Bukit, Jalan Urat Mata, Jalan Wan Alwi, Jalan Song, Jalan Muara Tabuan, Jalan Setia Raja, Jalan Kedandi, Jalan Stutong Jaya, Jalan Usahajaya, Tabuan Park, Tabuan Tranquality, The Northbank, Stutong Indah, Emart Tabuan Jaya, Premier Food Republic, dan Medan Selera Tabuan Tranquility 3 (TT3).
Ia juga menjejaskan kawasan Kompleks Polis Tabuan Jaya, Kastam Tabuan Jaya, Pasar Stutong, Pusat Komuniti Stutong, Pusat Komuniti Tabuan Jaya Wisma Wan, Pusat Komuniti Tabuan Desa, Tabuan Desa, Tabuan Dusun, Tabuan Laru, Taman Rimba, Taman Rimba Sama Jaya, dan kawasan sekitar.
Ekoran itu, LAK memberitahu bahawa terdapat kawasan yang akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air.
“Bagaimanapun, tangki air bergerak juga akan dikerahkan untuk membantu penduduk di kawasan terjejas itu.
“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi,” katanya.





