JBALB Sarawak mengeluarkan notis gangguan bekalan air di bahagian Serian, daerah Siburan bermula 9 malam hingga 5 pagi pada 20 hingga 22 Jun ini.
Ia melibatkan seluruh kawasan Tapah, Beratok, Jalan Keromboi, Jalan Padawan dan sebahagian Serian bagi memberi laluan kepada kontraktor JBALB melakukan kerja pengisian air ke tangki aras tinggi.
Justeru, penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan sepanjang tempoh tersebut.






