JBALB Sarawak mengeluarkan notis gangguan bekalan air di daerah Sri Aman bermula 9 pagi sehingga 4 petang, hari ini.
Kawasan terjejas melibatkan kampung Kedang, Flat Kedang, SK Agama, Jalan Brayun dan kawasan berhampiran.
Gangguan tersebut bagi memberi laluan kepada pihak kontraktor untuk melakukan kerja-kerja penyambungan paip di kawasan Kampung Kedang.



