Gangguan bekalan air terancang, esok

KUCHING: Sebanyak 12 kawasan di Santubong akan mengalami gangguan bekalan air, Rabu ini.

Pengumuman notis gangguan bekalan air daripada JBALB Bahagian Kuching menyatakan, gangguan bekalan air itu adalah terancang.

Kawasan terjejas adalah seluruh pengguna yang tinggal di kawasan Jalan Sultan Tengah, Bandar Baru Samariang, Kampung Rampangi / Skim / Kampung Pasir Pandak / Panjang / Sungai Buah / Sungai Batu / Rumah Pam Pengalak Sungai Lumut / Rumah Pam Pengalak Pulau Salak / Kampung Buntal / Kampung Santubong.

Menurutnya, masa gangguan bekalan air bermula jam 10 pagi sehingga 4 petang.

“Gangguan air disebabkan kerja-kerja membaiki kebocoran pada paip bersaiz 250 mm (paip agihan),” katanya.

Dalam pada itu, JBALB Bahagian Kuching mengesa semua pengguna di kawasan terjejas untuk menyimpan air secukupnya bagi kegunaan seharian.

Untuk maklumat lanjut, hubungi JBALB Kuching di talian 082-203497 atau 203498.

Suara Sarawak