ARTIKEL

Gaya rumah minimalis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RUMAH kemas dan kelihatan luas tanpa banyak perabot serta hiasan dinding menjadi trend dekorasi.

Gaya dekorasi ini bermain dengan banyak elemen hiasan rumah.

Walaupun berkonsepkan sederhana, ia tetap memerlukan susun atur yang tepat untuk memastikan ruangan tersebut kemas.

Selain pemilihan perabot, elemen seperti warna dan susun atur menentukan sama ada konsep rumah minimalis “menjadi” atau tidak.

WARNA

Adakah rumah anda masih menggunakan warna terang pada dinding ruangan utama?

Sebaik-baiknya pertimbangkan untuk tukar kepada warna neutral atau lebih lembut.

Warna neutral merupakan elemen penting dalam rumah gaya minimalis — menjadikannya terkini dan menawan.

Ia memberi kesan sederhana tetapi elegan.

Warna neutral seperti putih dan krim adalah pilihan yang sesuai.

Selain itu, warna monokrom seperti kelabu, hitam dengan kombinasi putih juga sesuai, tetapi bergantung warna perabot rumah anda.

FUNGSI BARANGAN DI DALAM RUMAH

Biasanya, pemilik rumah membeli perabot atau barangan rumah mengikut keinginan tanpa mempertimbangkan fungsi barang tersebut.

Penting untuk memastikan barang yang dibeli betul-betul diperlukan di dalam rumah anda.

Ia juga boleh mengelak pembaziran, yang tidak hanya melibatkan kewangan, tetapi juga melibatkan penggunaan ruang di dalam rumah.

Barang tidak diperlukan hanya menjadi sampah.

Justeru, anda harus ingat, barang cantik tidak semestinya diperlukan.

Oleh itu, adalah penting untuk anda membuat pembelian dengan bijak dan mempertimbangkan kegunaan sebenar barang tersebut dalam konteks keperluan rumah.

PERABOT PELBAGAI FUNGSI

Rumah minimalis mempunyai ciri khas sederhana dengan sedikit perabot di dalamnya.

Oleh itu, penting untuk mencari perabot saiz sederhana dan memiliki banyak fungsi.

Contohnya, meja yang mempunyai rak buku, katil dengan ruang simpanan di bawahnya, kerusi yang boleh ditukar menjadi meja dan sebagainya.

Perabot seperti ini dikenali sebagai perabot pelbagai fungsi.

Dengan menggunakan perabot ini, ruang di dala rumah akan kelihatan lebih luas.

Selain itu, ia juga memudahkan anda untuk membersih, mengemas dan mengubah susun atur perabot dari semasa ke semasa.

LAMPU HIAS

Tip gaya minimalis seterusnya ialah menambah lampu hiasan yang sederhana.

Contohnya, lampu dinding yang mempunyai bentuk unik tetapi tidak berlebihan dari segi reka bentuk dan warna.

Cukup gunakan satu atau dua warna sahaja.

Lampu gantung atau lampu dinding juga tidak perlu banyak, hanya cukup untuk memenuhi keperluan pencahayaan ruangan tersebut.

TANAMAN HIJAU

Jika ingin mengelakkan suasana ruang rumah terlalu membosankan, anda boleh menambah sedikit sentuhan tanaman hiasan untuk keceriaan ruang.

Contohnya, tanaman pokok hijau tanpa bunga.

Pastikan saiz pokok dan pasu kecil. Selain berperanan menceriakan ruang, pokok hiasan juga dapat menjadikan ruang kelihatan lembut dan minimalis.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU