ARTIKEL

-- REUTERS

Gaza jadi zon maut, kata ketua WHO

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW YORK: Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang “tidak berperikemanusiaan” kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot, menurut ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu.

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata Gaza telah umpama sebuah zon maut.

“Sebahagian besar wilayah telah musnah. Lebih 29,000 orang terbunuh dan ramai lagi hilang atau dianggap meninggal dunia manakala ramai lagi penduduk cedera,” katanya dalam sidang media.

Kekurangan zat makanan yang teruk telah meningkat secara mendadak di seluruh Semenanjung Gaza sejak konflik bermula, meningkat daripada kurang satu peratus penduduk kepada lebih 15 peratus di beberapa kawasan.

“Angka ini akan meningkat lebih lama perang ini berlangsung dan bekalan terputus,” kata Tedros.

Ketua WHO itu turut menyuarakan kebimbangan mendalam apabila agensi-agensi seperti Program Makanan Sedunia (WFP) tidak dapat akses ke wilayah di utara Gaza.

Beliau turut mengulangi risiko serius yang dihadapi oleh pekerja bantuan dan menekankan kepentingan untuk memastikan keselamatan mereka.

— BERNAMA-PETRA

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU