SERIAN: Skuad serba mantap, Gedong Unity berazam untuk cuba mengekal momentum terbaik mereka dalam kempen Liga Serian 2024.
Barisan kendalian Rozaini Romainor kini berjaya mara ke peringkat suku akhir dan fokus utama mahu meneruskan kecemerlangan pada perlawanan dihadapi selepas ini.
“Fokus kita ketika ini mahu mengekal momentum kemenangan, dan akan cuba direalisasi untuk saingan peringkat suku akhir,” kata Rozaini kepada Arena Suara Sarawak.
Skuad Gedong Unity kini berprestasi cemerlang pada saingan peringkat Kumpulan D, berjaya mencatat dua kemenangan dan sekali seri untuk menghuni tangga kedua dengan berkongsi 7 mata bersama pesaing di tangga teratas, SFFC yang berbeza jaringan.
Aksi terakhir peringkat kumpulan semalam, Gedong Unity sekadar beroleh satu mata selepas mencatat keputusan seri (1-1) menentang SPFC.
Justeru tegas Rozaini, tempoh rehat yang ada akan dipergunakan dengan sebaik mungkin untuk memperkemas jentera di segenap posisi.



