ARTIKEL

Gelombang haba paling ekstrem

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELBOURNE: Pihak berkuasa Australia pada Isnin mengeluarkan amaran bahawa tenggara Australia sedang menghadapi gelombang haba paling ekstrem dalam tempoh enam tahun, dengan suhu maksimum diramal melebihi 40 darjah Celsius, lapor Xinhua.

Biro Meteorologi (BoM) pada Isnin mengeluarkan amaran gelombang haba teruk bagi beberapa kawasan di negerinegeri selatan dan tenggara Australia, termasuk Australia Selatan, Victoria, New South Wales (NSW) dan Tasmania, serta seluruh Wilayah Ibu Negara Australia, susulan pergerakan jisim udara panas ke arah timur merentasi negara itu.

Menurut ramalan BoM, suhu maksimum pada Rabu dijangka mencecah 41 darjah Celsius di Melbourne dan Adelaide, masing-masing merupakan ibu negeri bagi Victoria dan Australia Selatan.

Di ibu negara Canberra, suhu maksimum diramal melebihi 35 darjah Celsius selama empat hari berturut-turut bermula Rabu, manakala BoM meramalkan suhu maksimum melebihi 30 darjah Celsius di Sydney untuk empat hari berturut-turut.

Pakar Meteorologi Kanan BoM Dean Narramore pada Isnin berkata, suhu di beberapa kawasan di Victoria, Australia Selatan dan NSW dijangka meningkat sehingga 16 darjah Celsius melebihi purata.

“Keadaan ini dilihat sebagai gelombang haba paling ekstrem bagi tenggara Australia sejak musim panas 2019-20,” katanya kepada Guardian Australia.

BoM memberi amaran bahawa gelombang haba yang teruk boleh membahayakan ramai orang, khususnya warga emas, bayi, wanita hamil serta individu yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada. – Bernama-Xinhua

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai