ARTIKEL

Gempa 5.9 magnitud gegarkan Taiwan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAIPEI: Gempa bumi 5.9 magnitud yang menggegarkan Taiwan pada Khamis mengorbankan nyawa seorang wanita dan menyebab- kan gangguan bekalan elektrik sementara yang menjejaskan lebih 10,000 rumah, kata pihak berkuasa.

Gempa melanda 5:28 pagi waktu tempatan (2128 GMT Rabu) pada kedalaman 10 kilometer (6.2 batu), di luar daerah Yilan di pantai timur laut.

Biro cuaca pusat Taiwan meletakkan kekuatannya pada 6.0 magnitud.

Bangunan tinggi di ibu kota Taipei bergoyang, menyebabkan orang yang sedang tidur terbangun.

Seorang wanita berusia 60 tahun terbunuh di luar ibu negara selepas ditimpa kabinet jatuh semasa dia sedang tidur, kata Agensi Bomba Kebangsaan.

Lebih dari 10,000 rumah di sekitar kawasan Taipei dan jiran Yilan terputus bekalan elektrik, sementara Pentadbiran Kereta api Taiwan menggantung beberapa perkhidmatan di Yilan menjejaskan ribuan penumpang.

Taiwan pada masa sama diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk Taufan Lekima, yang sedang mengumpul kekuatan dan dijangka membadai pulau itu dengan angin kencang dan hujan lebat hingga Jumaat.

“Kami akan terus memantau jika ada kesan gabungan dari gempa susulan gempa bumi itu dan taufan yang menghampiri,” kata Presiden Tsai Ingwen kepada wartawan.

Taiwan terletak berhampiran persimpangan dua plat tektonik dan kerap dilanda gempa.

Pada April lalu, gempa bumi 6.1 magnitud melanda pulau itu, mengganggu lalu lintas dan mencederakan 17 orang.

Gempa paling teruk di Taiwan dalam beberapa dekad adalah gempa bumi 7.6 magnitud pada September 1999 yang mengorbankan kira-kira 2,400 orang. – AFP

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU