HONG KONG: Gempa bumi berukuran 6.3 SKALA Richter melanda Halmahera, Indonesia pada 02:31:30 GMT Jumaat, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman GFZ, lapor Xinhua.
Pusat gempa yang terletak pada kedalaman 126.8 kilometer itu dikesan pada 1.81 darjah utara dan 127.49 darjah timur. — BERNAMA-XINHUA



