ARTIKEL

Gempa Bumi Bermagnitud 7.1 Landa Sulawesi Utara, Tiada Amaran Tsunami

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Gempa bumi kuat dengan magnitud 7.1 melanda Melonguane, ibu kota Daerah Kepulauan Talaud di Sulawesi Utara, Indonesia pada Sabtu, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan atau laporan segera mengenai kerosakan.

Menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gempa bumi itu berlaku pada pukul 9.58 malam waktu tempatan pada kedalaman cetek iaitu 17 kilometer di dalam laut, kira-kira 52 kilometer ke tenggara Melonguane.

BMKG memaklumkan gegaran dirasai di kawasan berkenaan, bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Agensi itu turut memberi amaran kepada penduduk agar kekal waspada terhadap kemungkinan berlaku gegar penghujung. – BERNAMA

BERITA LAIN

Singapura nasihat rakyat tangguh perjalanan ke Arab Saudi

SINGAPURA: Kerajaan Singapura menerusi Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihatkan warganya supaya menangguhkan semua perjalanan ke Arab Saudi berikutan peningkatan ancaman keselamatan di rantau berkenaan. Langkah

BERITA TERBARU