ARTIKEL

Kredit: Bernama

Gempa Bumi Di Sulawesi Tengah Jejaskan 20 Keluarga, Tiada Ancaman Tsunami

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Satu gempa bumi dengan magnitud 5.3 melanda wilayah Sulawesi Tengah, Indonesia lewat Isnin, merosakkan puluhan rumah dan menjejaskan sekurang-kurangnya 20 keluarga, menurut pihak berkuasa.

Berdasarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB), gempa bumi yang melanda Daerah Poso pada pukul 9.52 malam waktu tempatan itu mengakibatkan kerosakan kecil kepada 38 buah rumah, tetapi tiada kematian dilaporkan setakat ini.

“Penilaian dan pengumpulan data masih dijalankan,” kata jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan pada Selasa, sambil menambah bahawa pihak berkuasa tempatan sedang menyelaraskan tindak balas kecemasan dan memantau keadaan.

Pusat gempa terletak di darat, kira-kira 67 kilometer barat daya Poso pada kedalaman 10 kilometer, dengan gegaran turut dirasai di kawasan berhampiran termasuk Morowali Utara, Luwu Timur dan Bandar Palopo.

Abdul Muhari berkata gempa bumi itu tidak berpotensi menyebabkan tsunami.

Indonesia terletak di Lingkaran Api Pasifik, di mana pertemuan keping benua menyebabkan aktiviti seismik yang kerap.

— BERNAMA

BERITA LAIN

Singapura nasihat rakyat tangguh perjalanan ke Arab Saudi

SINGAPURA: Kerajaan Singapura menerusi Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihatkan warganya supaya menangguhkan semua perjalanan ke Arab Saudi berikutan peningkatan ancaman keselamatan di rantau berkenaan. Langkah

BERITA TERBARU