Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlaku gempa kuat di Selatan Argentina pada 11.05 pagi, hari ini.
Gempa 6.6 magnitud itu berlaku pada kedalaman 154 kilometer di koordinat 38.0 darjah selatan, 70.3 darjah barat dengan jarak 212 kilometer timur dari Temuco, Chile.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dikeluarkan susulan gempa bumi tersebut.



