ARTIKEL

Gambar HIasan

Gempa Bumi Lemah Landa Temenggor, Perak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah berukuran 3.4 magnitud dikesan berlaku di Temenggor, Gerik, Perak, tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian pada 12.06 pagi itu berlaku pada koordinat 5.5 darjah Utara dan 101.3 darjah Timur.

Menurut MetMalaysia pusat gempa tersebut terletak 9 kilometer (km) timur laut dari Hulu Perak dengan kedalaman 10km.

“Gegaran turut dirasai di sekitar kawasan Gerik namun tiada ancaman tsunami dikeluarkan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa tersebut diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan oleh MetMalaysia.

MetMalaysia akan terus memantau keadaan itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU