ARTIKEL

Gempa bumi Myanmar: SMART fokus selamatkan mangsa di rumah ibadat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) menumpukan usaha mengesan mangsa terperangkap di rumah-rumah ibadat yang terkesan dengan bencana gempa bumi di daerah Sagaing, Myanmar.


Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pasukan itu pada ketika ini sedang diaktifkan di tiga lokasi di daerah itu, iaitu di Masjid Moe Gya, Masjid Nyoo Ma dan Nyat Private School dengan laporan penduduk tempatan menganggarkan 20 mangsa masih terperangkap.


“Pasukan MAS-01 menumpukan fasiliti kritikal, iaitu rumah ibadat seperti masjid, tokong, kuil selain sekolah dan hospital,” menurut kenyataan itu. – Bernama

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU