Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlaku gempa bumi sederhana di Mindanao, Filipina pada 11.22 pagi tadi.
Gempa 5.9 magnitud itu berlaku pada kedalaman 72 kilometer di koordinat 8.6 darjah utara, 125.9 darjah timur dengan jarak 51km tenggara dari Butuan City, Filipina.
Pun begitu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi tersebut.



