Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlaku gempa bumi sederhana di Rantau Kepulauan Filipina pada 2.38 petang tadi.
Gempa 5.1 magnitud itu berlaku pada kedalaman 70 kilometer di koordinat 8.9 darjah utara, 127.3 darjah timur dengan jarak 109km timur dari Gingoog City, Filipina.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi tersebut.



